PERHATIAN
Sijil markah kokurikulum tahun 2011 untuk SPM dan PMR sudah siap untuk diambil. Boleh mula ambil di pejabat pada bila-bila masa mulai sekarang. Bagaimanapun, wakil tidak dibenarkan, sebab perlu tandatangan pengesahan calon sendiri. Harap maklum.
KOKURIKULUM SMKTBR 1
Maklumat koku, aktiviti dan gambar.
Ahad, 30 Oktober 2011
Khamis, 27 Oktober 2011
Mesyuarat Akhir Kokurikulum 2011
Mesyuarat akhir tahun unit kokurikulum telah diadakan pada tarikh 22 Oktober 2011 yang lalu. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang.
Perkhemahan Badan Beruniform Daerah Okt 2011
Sekolah ini telah diwakili oleh tujuh orang peserta dan seorang guru pengiring yang dedikasi. Perkhemahan berlangsung di Ulu Kalong, Ulu Yam, Selangor. Seronok mandi sungai?
Sepanjang perkhemahan berlangsung semua berjalan lancar, tetapi seorang peserta sekolah kita telah mengalami kecederaan. Semoga lain kali lebih berhati-hati. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Rabu, 26 Oktober 2011
LADAP 1 Murid 1Sukan 24/10/11
Aktiviti Larian 1Murid 1Sukan
Ini adalah acara larian terbesar seluruh negara. SMKTBR telah berjaya menyertainya dengan jumlah penglibatan seramai 951 orang pelajar. pada tarikh 02 Julai 2011.
Semua pelajar berlari riang sejauh 5km pada hari tersebut. Jumlah ini termasuklah pelajar Pendidikan Khas yang tidak mahu ketinggalan mencatat nama mereka dalam larian ini. TAHNIAH!! Kepada semua pelari. Kerana anda punya jatidiri Malaysia.
Semua pelajar berlari riang sejauh 5km pada hari tersebut. Jumlah ini termasuklah pelajar Pendidikan Khas yang tidak mahu ketinggalan mencatat nama mereka dalam larian ini. TAHNIAH!! Kepada semua pelari. Kerana anda punya jatidiri Malaysia.Aktiviti sepanjang 2011
Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2011. Paling best ekspedisi ke Gua Tempurung, Ipoh dan kejayaan melaksanakan Hari Fiesta Ria. Pertandingan futsal Rakan Surau, larian 1M 1S, lawatan sambil belajar dan banyak lagi.
Hadiah-hadiah yang disediakan khusus untuk pengunjung bertuah Fiesta-Ria 2011. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.
Ekspedisi ke Gua Tempurung Badan Beruniform Mac 2011
Warga sekolah sibuk berniaga.
Ekspedisi ke Gua Tempurung Badan Beruniform Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
